Salah satu rukun iman adalah beriman kepada malaikat. Setiap orang Islam wajib percaya kepada kewujudan malaikat dan mereka adalah makhluk yag diciptakan oleh Allah S.W.T. Iman seseorang tiak sah sekiranya dia tidak percaya dengan kewujudan malaikat dan segala perkara yang berkaitan dengan mereka, sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Di dalam al-Quran dan sunnah, banyak bukti yang menyatakan mengenai malaikat . Orang yang mengkajinya pasti menemui keterangan-keterangan yang jelas berdasarkan kemampuan akal, seterusnya melahirkan iman yang betul kepada malaikat.